ILOVEHIM
Saturday, 28 January 2012 | 10:13 ★
HELLO AND ASSALAMUALAIKUM PRETTY HANDSOME
Kenapa senyap? Kenapa diam? Kenapa tak kongsi? Kenapa tak cerita? Entah.. Tak semua benda boleh dikongsi. Tak semua benda boleh diluah, boleh dicerita. Ada perkara perlu dihadapi dan ditelan sendiri. Diluah takut membuka aib, dicerita takut dijaja kelak. Dengan manusia, lidah kelu, walau hati sangat ingin berbicara. Tiada kata mampu menzahir segala rasa. DenganNYA, bibir kaku, tiada kata mampu terucap. Yakin, DIA sudah sangat tahu. Hati sebak, dada terasa berat. Yakin, DIA sudah mengerti. Hanya doa terzahir "Ya Allah, berilah kekuatan, untuk menghadapi semua ini"
Kadang-kadang, kerana terlalu sayang dengan seseorang, Allah ambil dia dari kita. Allah jarakkan kita dengan dia untuk uji kita. Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu, masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu, dan masihkah kita percaya pada aturan DIA untuk sedarkan kita bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya. Dan kadang-kadang, Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai. Saat Allah jarakkan kita, lalu timbul rasa rindu dan menyesal, itu bukan untuk menghukumi kita, tapi untuk memberi pengajaran. Bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka, Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih dari yang mahu kita lakukan.